Isnin, 17 Jun 2013

Cara Minum ESP Shaklee dengan Betul dan Berkesan

Cara Minum ESP Shaklee dengan Betul dan Berkesan

Khasiat dan Kebaikan ESP 

Apa yang best sangat ESP ni yer. Jom kita tengok antara khasiat dan kebaikan yang membuatkan ramai orang jatuh cinta dengan ESP:)
  • ESP menjadikan kulit wajah cantik dan berseri serta awet muda
  • ESP membantu menghilangkan parut jerawat; parut terjadi akibat kekurangan protein untuk membentuk sel baru yang sihat bagi menggantikan sel mati
  • ESP memberikan tenaga, menjadikan badan sihat, cergas dan kurang letih
  • ESP membantu untuk kuruskan badan, cepat kenyang
  • ESP membantu mempercepatkan penghasilan susu untuk ibu menyusu, sebagai milkbooster
  • ESP membantu perkembangan fetus dan memastikan kesihatan ibu mengandung di tahap optimum
  • ESP menganjalkan dan mengembalikan kecantikan payudara anda
  • dan banyak lagi.....
Satu Canister ESP tahan selama 2 bulan lebih


Antara Resepi ESP yang Boleh Anda Cuba

Salah satu soalan wajib yang customer akan tanya saya bila nak beli 
ESP adalah...
" Macam mana nak makan ESP ni kak? "

Biasanya, saya akan jawab  

" ESP ni dalam bentuk serbuk. Kena bancuh dengan air suam/jus/milo/horlicks/susu untuk minum "

Itu secara ringkasnya la. Secara detailnya, 

1) ESP + Air Suam
This is my FAVOURITE !!
Saya memang jenis yang tak suka minum air manis. Saya suka minum air masak jer. Jadi, tak susah untuk saya telan ni. Saya sukakan keaslian rasa soya tu, SEDAP.

2) ESP + Fresh Milk (Susu kotak atau susu tepung)
3) ESP + Milo
4) ESP + Twister Oren

5) ESP + Fresh Milk + kurma (kurma tu rendamkan dulu dan boleh potong saja kecil2 mahupun blend) 

6) ESP + Ribena  

7) ESP + Nesvita 3 in 1 

8) ESP + Susu Anmum 

9) ESP + campuran buah-buahan dan blend (boleh pilih buah kegemaran anda) 

10) ESP + Horlicks 

11) ESP + Nestle Bliss

12) ESP + Meashake/Performance Drink/Cinch Shake

Cadangan Sukatan dan Waktu Minum ESP

Sukatan : 1 sudu besar ESP + Air Kegemaran Anda (1 atau 2 kali sehari)

Saya sendiri suka minum ESP pada awal-awal pagi sebelum pergi kerja aka sebelum sarapan
Untuk yang ingin kuruskan badan, boleh mengambil ESP di antara waktu makan utama supaya perut rasa kenyang:)

Tips ESP
  • Jangan bancuh dengan air panas, air kafein atau air berkarbonat sebab boleh hapuskan nutrisi
  • Jangan ambil lebih dari 3 sudu sehari kerana ini akan membebankan ginjal
  • Gunakan tumbler atau shaker untuk menggoncang bancuhan ESP untuk lebih mudah larut. Kalau guna sudu sahaja, nanti tak semua yang larut, jadi berketul-ketul
Kini dah tiba tika waktunya untuk anda mencuba ESP !!