Selasa, 25 Jun 2013

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN ESP SHAKLEE

Selalu dengar orang sebut ESP tapi tak sure sangat ESP tu apa? untuk apa? betul ke berkesan?
Okaylah...saya cuba terangkan seringkas yang mungkin ya.

ESP adalah ENERGIZING SOY PROTEIN. Sebab utama ESP tersangatla popular dan produk yang paling laris ialah.......kerana ESP membekalkan sumber proteinSemua tau kan badan kita perlukan sumber protein. Dalam pemakanan seharian kita sumber protein ada dalam ikan, ayam, daging. Tapi kenapa everyday makan lauk ayam tapi kerap juga tak sihat. Tak cukup ke? Haaa....untuk pengetahuan, ikan, ayam, daging tu kan kita masak dulu before makan. So bila dah masak, dah kena panas api, of course kandungan protein tu akan musnah dan yang tinggal.....tak cukup untuk badan kita yang kerja kadang-kadang more than 12 hours ni.


Kalau tak cukup protein apa akan berlaku?
  • rasa lemah, lesu, tak bermaya..akhirnya menggeletar.
  • kolesterol tinggi, tekanan darah rendah..jadi pening.
  • punca ulser perut + ulser usus.
  • luka lambat sembuh akhirnya berparut.
  • ganggu penglihatan / lama kelamaan jadi kabur.
  • antibodi tak kuat. Bila kurang protein, badan tak boleh nak lawan penyakit yang datang. Kurang ketahanan.


Kalau cukup protein pula?
Macamana tau badan kita cukup protein? Kemusykilan di situ. Jadi "always play safe" ambil ESP ini sebagai pelengkap. No harm at all.



KEBAIKAN :  ESP SHAKLEE
  • Untuk wanita yang ingin pregnant atau plan untuk pregnant : ESP pulihara dan pelihara rahim kita.


  • Untuk wanita yang sedang pregnant macam saya sekarang : ESP kuatkan rahim kita dan bantu pembentukan otot bayi. Protein kan bagus untuk tumbesaran.


  • Untuk wanita yang menyusu anak bertuah dan anak kesayangan : ESP bantu banyakkan pengeluaran susu. Bila kita cukup protein, means kita cukup tenaga. Susu pun berkhasiat.
  • Untuk sesiapa yang nak stabilkan hormon : ESP mengandungi kacang soya, yang kaya dengan isoflavon, ia bantu memulihkan hormon wanita. Keluarkan darah kotor dan gantikan protein yang diperlukan.


  • Untuk sesiapa yang mahu kurus : ESP buat kita rasa kenyang. Nafsu nak makan sokmo pun kurang.


  • Untuk sesiapa yang ingin kekal sihat : ESP beri ketahanan badan dan pelengkap nutrient dalam badan kita. Bila semuanya cukup, haruslah boleh lawan penyakit yang datang, insyaAllah.


  • Untuk sesiapa yang nak cantik : ESP buat kulit kita anjal, jadi gebu dan lebih cerah. Nampak berseri gitu. Bila dah cantik, tak perlu la nak tepek makeup tebal-tebal kan. Natural Beauty you!


  • Untuk sesiapa yang bercadang untuk puasa : ESP bekalkan tenaga, jadi walaupun puasa kita tak rasa lemah. Laar dan dahaga tu biasa la, itu dugaan tuhan bagi sebagai ujian.

KEBURUKAN : ESP SHAKLEE

Kesan negative nya berlaku bila kita beli tapi tak minum , tak amalkan, tak ikut arahan yang sepatutnya. Rugi nya...sedangkan mudah saja caranya. Bancuh 1 sudu besar dengan air kegemaran then siap untuk di minum. Bila semuanya tak, tak nampak hasil, kita jadi negative. Nak salahkan siapa...tak baik kan gitu.


So sekarang ni kita dah tau kebaikan ESP Shaklee dan untuk siapa. Kita dalam golongan yang mana ya? Kalau termasuk dalam golongan ingin mencuba....boleh saja.Tak memudaratkan pun.



Isnin, 24 Jun 2013

Hari-Hari Yang Dilarang Untuk Berpuasa

Puasa adalah salah satu bentuk ibadah yang Allah swt syariatkan ke atas umat Islam demi untuk mendekatkan diri kepada-Nya, maka sudah pasti ibadah itu adalah prinsip asasnya mengikut aturan yang Allah swt kehendaki berdasarkan wahyu yang sahih daripada al-Quran dan al-Hadis. Kerana ia berbentuk ibadah, maka manusia tidak boleh mereka-reka dan menambah-nambahnya sesuka hati, tetapi mestilah berdasarkan kehendak yang telah diperincikan oleh Allah melalui utusannya iaitu Nabi saw.
Kadang-kadang kita keliru, mana hari dan waktu yang dibenarkan untuk berpuasa, dan bila pula hari dan waktu yang tidak dibenarkan puasa. Maka di bawah ini ada sedikit huraian mengenai puasa yang dilarang berdasarkan dalil-dalil yang sahih dan hujah-hujah daripada ulamak as-Salafusssoleh, ia diambil daripada kitab-kitab ulamak yang muktabar.
Oleh itu, antara puasa yang ditegah oleh syariat adalah seperti berikut:-
1.   Dua hari raya iaitu hari raya Aidilfitri dan hari raya Aidiladhha (raya korban)
Ijmak para sarjana fikah ke atas pengharaman berpuasa pada dua hari raya ini. Ia diharamkan pada semua jenis bentuk puasa iaitu sama ada puasa nazar, atau puasa kafarah, atau puasa sunat, atau selain daripadanya. (lihat: Syarah Muslim Imam Nawawi 3/207, al-Mughni 4/424, dan juga Fathul Bari 4/281)
Hadis daripada Ibnu Azhar mengatakan: “Aku telah menyaksikan hari raya bersama Umar bin al-Khattab, maka Umar berkata, dua hari yang dilarang oleh Nabi saw untuk berpuasa.” (Riwayat Bukhari 1990 dan Muslim 1137)
Daripada Said al-khudri radiallahu anhu bahawa nabi saw telah melarang umat Islam daripada puasa pada dua hari iaitu hari raya Aidilfitri dan Aidiladhha. (Riwayat Bukhari 1991 dan Muslim 1137)
 
2.   Puasa pada hari-hari tasyriq (iaitu tiga hari selepas hari raya Aidiladhha)
Tidak harus berpuasa pada hari-hari itu mengikut pandangan mejoriti ahli sarjana, ini sabit daripada hadis nabi saw iaitu daripada Nubaisyah al-Hazli radiallahu anhu: “hari-hari tasyriq adalah hari makan dan minum (dilarang berpuasa).” (Riwayat Muslim 1141)
Daripada Abi Murroh: “Dia dengan Abdullah bin Amru ke tempat bapanya iaitu Amru bin al-‘as, maka Amru mendekati mereka untuk mengajak makan, maka salah seorang daripadanya berkata, ‘sesungguhnya aku berpuasa’, lantas Amru menjawab ‘makanlah, kerana hari ini (hari-hari tasyriq) Nabi saw menyuruh kita untuk berbuka, dan melarang kita daripada berpuasa.” (Riwayat Bukhari 1997-1998)
 
3.   Puasa sunat sehari sahaja pada hari Jumaat
Hari Jumaat adalah hari raya mingguan bagi kaum Muslimin, maka syarak menegah orang Muslim daripada menunaikan puasa sunat pada hari Jumaat, sekiranya ingin juga berpuasa pada hari Jumaat tetapi mesti dengan syarat iaitu tidak boleh berpuasa pada hari Jumaat sahaja melainkan jika dia berpuasa pada hari sebelumnya atau sehari selepasnya. Ini selari dengan hadis Nabi saw yang bermaksud: “Jangan kamu puasa pada hari Jumaat melainkan jika kamu berpuasa sehari pada hari sebelumnya atau selepasnya.” (Riwayat Bukhari 1985, Muslim 1144)
Daripada Juwairiyah binti al-Haris radiallahu anha: “Sesungguhnya Nabi saw hendak menyetubuhinya  pada hari Jumaat, dan aku (Juwairiyah) puasa, maka nabi saw bertanya: ‘adakah kamu puasa pada hari semalam’, Juwairiyah menjawab: tidak, maka nabi saw bertanya lagi: ‘adakah kamu hendak puasa pada esok hari?, Juwairiah menjawab: tidak, maka nabi saw bersabda lagi dengan suruhan: Berbukalah.” (Riwayat Bukhari 1984, Muslim 1143)
 
4.   Puasa pada hari syak (ragu-ragu)
Tidak boleh mengawalkan puasa Ramadhan sehari awal atau dua hari kerana niat untuk berjaga-jaga, tetapi sekiranya jika kebiasaannya dia berpuasa sunat pada hari Isnin dan Khamis atau puasa selang sehari sepanjang tahun, maka tidak lah menjadi masalah padanya. Jika perkara itu bukanlah kebiasaan baginya, maka haram baginya untuk berpuasa lebih awal daripada puasa Ramadhan. Ini bertepatan dengan hadis Nabi saw yang menyebut: “Janganlah kamu mengawalkan puasa ramadhan dengan puasa sehari atau dua hari sebelumnya, melainkan jika dia memang melazimi puasa-puasa sunat (Isnin dan Khamis atau puasa selang sehari), maka dia boleh berpuasa pada hari tersebut.” (Riwayat Bukhari 1914, Muslim 1082)
Tegahan ini juga sabit daripada hadis Nabi saw yang diriwayatkan oleh Ammar bin Yasir radiallahu anhu: “Sesiapa yang berpuasa pada hari syak (ragu-ragu dengan hari Ramadhan) maka dia telah melakukan maksiat pada Abu al-Qasim yakni (Nabi saw).” (Riwayat Abu Daud 2334, Tirmizi 681, an-Nasai 4/153, Ibnu Majah 1645)
Puasa pada hari syak ini jarang berlaku pada zaman moden ini, ini kerana banyak bahan-bahan yang boleh dijadikan pengukur untuk menentukan hari awal bulan Ramadhan, seperti di kalender, hebahan radio, TV dan sebagainya.
 
5.   Puasa pada setiap hari sepanjang tahun
Puasa jenis ini adalah dilarang di dalam syariat agama Islam yang suci ini. Daripada Abdullah bin Amru radiallahu anhu menyebut: “Bahawasanya Nabi saw ketika mana sampai padanya kisah mengenai puasa, maka baginda akan bersabda: Jangan berpuasa pada puasa yang kekal (selama-lamanya) sehingga tiga kali baginda mengulangi lafaz yang sama.” (Riwayat Bukhari 1977, Muslim 1159)
Di dalam hadis Abi Qatadah, Umar telah berkata: “Wahai Rasulullah, bagaimana dengan orang yang melakukan puasa ad-dahru keseluruhannya, nabi saw menjawab: tiada puasa dan tiada berbuka padanya.” (Riwayat Muslim 1162)
 
6.   Perempuan dilarang berpuasa sunat kecuali jika diizinkan oleh suami
Perempuan yang sudah berkahwin, jika dia hendak menunaikan puasa sunat, sedangkan suaminya ada di sisinya, maka dia wajib meminta izin kepada suaminya terlebih dahulu. Ini dikecualikan daripada puasa yang wajib iaitu Ramadhan, jangan taat jika suami suruh berbuka pada puasa di bulan Ramadhan.
Ini selari dengan hadis nabi saw yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah iaitu: “Janganlah kamu yakni perempuan berpuasa sunat walaupun satu hari, sedangkan suaminya menyaksikannya (di sisinya) kecuali jika dia meminta izin pada suaminya terlebih dahulu dan bukan di dalam bulan Ramadhan.” (Riwayat Bukhari  dan Muslim)
 
Adakah disyariatkan puasa Rejab?
Tidak ada hadis yang sahih mengenai kelebihan Rejab daripada Nabi saw dan tidak ada juga bukti daripada sahabat-sahabatnya, hadis-hadis yang tersebar semuanya daif bahkan hadis-hadis itu adalah palsu dan dusta belaka. (lihat: Majmuk al-Fatawa 25/290, Latoef al-ma’arif hlm. 228, dan as-sailu al-jaror 2/143)
Maka tidak dibenarkan untuk berpuasa khusus pada bulan Rejab atau puasa pada awalnya. Daripada Khorsyah bin al-Harr mengatakan: “Beliau telah melihat Umar menghalang orang berpuasa pada bulan Rejab, kata Umar: Makanlah kamu, kerana sesungguhnya bulan ini adalah bulan kebesaran ahli Jahiliyah.” (Lihat: Dikeluarkan oleh Ibnu Abi Syaibah 3/102, Ibnu Kasir dalam Musnad al-Faruq 1/285)
Juga daripada Muhammad bin Zaid, beliau mengatakan bahawa Ibnu Umar apabila melihat orang membesarkan/menghitung bulan Rejab, maka dia akan menegahnya. (Dikeluarkan oleh Ibnu Abi Syaibah 3/102)
Begitu juga daripada A’to’ mengatakan: “Ibnu Umar melarang daripada berpuasa pada bulan Rejab keseluruhannya, kerana ia bukan kebesaran.” (Dikeluarkan oleh Abdul Razak 7854)
Berpuasa pada bulan Rejab samalah pada bulan-bulan yang lain, tiada apa-apa keistimewaan. Tiada juga di dalam sunah yang sahih mengatakan mengenai kelebihannya dan fadhilat yang khusus, kata Ibnu Hajar: “Tiada sabit dalam hadis kelebihannya, tiada juga pada puasanya, tiada juga puasa yang tertentu padanya, tiada malam-malam qiamullail yang khusus padanya, maka hadis yang sahih adalah menguatkan hujah semua ini.”  (Fiqh Sunah Oleh Said Sabiq 1/270)
Tetapi bagi mereka yang berpuasa sunat pada Isnin dan Khamis pada setiap minggu atau puasa selang sehari sepanjang tahun, tidaklah menjadi masalah padanya untuk menunaikan puasa tersebut pada mana-mana bulan kecuali bulan Ramadhan.
Dilarang menyambung puasa tanpa berbuka
Sunnah melarang kita daripada menyambung puasa sehingga dua hari atau lebih tanpa berbuka dan bersahur. Kita hanya boleh menyambung puasa tanpa berbuka sehingga ke waktu sahur keesokan harinya, lebih daripada itu adalah dilarang daripada nabi saw dengan sabdanya: “Jangan kamu menyambung (puasa), jika kamu ingin menyambung juga puasa maka sambunglah hingga ke waktu sahur sahaja.” (Riwayat Bukhari 1967, Abu Daud 2344)
 
Semoga dengan penyampaian semi ilmiyah ini dapat membantu kita semua dalam melaksanakan ibadah berdasarkan konsepnya yang betul serta mudah dalam pelaksanaannya.


Sabtu, 22 Jun 2013

Contoh Surat Letak Jawatan

Salwana Bte Selamat
B2-2-28,BLOK 2,
JALAN PJS 6/5 G,
DESA MENTARI
46000 PETALING JAYA,
SELANGOR DARUL EHSAN.

                                                                                                                 
CT HARDWARE SDN BHD
12,JALAN 21/12 SEA PARK,
46300 PETALING JAYA
SELANGOR,MALAYSIA 15.07.2012


Puan / Tuan

PERLETAKAN JAWATAN 


Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Saya Salwana Bte Selamat bertugas sebagai Kerani ingin memaklumkan kepada pihak puan / tuan tentang perletakan jawatan saya pada 15 August 2012.

Untuk makluman pihak puan / tuan, tujuan perletakan jawatan ini adalah disebabkan saya ingin pulang ke kampung halaman saya. Sehubungan dengan itu, saya berharap pihak puan/tuan dapat memberi kerjasama.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak puan/tuan kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan kepercayaan kepada saya ketika melaksanakan tugas.



Sekian terima kasih.
Yang benar, 


……………………….
( SALWANA BTE SELAMAT)
KERANI CT3

Jumaat, 21 Jun 2013

Contoh Nak Buat Event @ Acara WALIMATUL URUS Dalam Face Book

WALIMATUL URUS WANA & WAN (IJAM)

Pihak perempuan ( WANA ) ~ 25 mei 2013(sabtu) NO.69, PERUMAHAN JPS, PARIT 7,36300 SUNGAI SUMUN PERAK
Pihak lelaki ( WAN @ IJAM ) ~ 11 ogos 2013(ahad) NO.50 JALAN PJS 2C/4, TAMAN DATO HARUN 46000 PETALING JAYA SELANGOR


Walimatul Urus
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Merisik sudah bertunang pun sudah, Nikah dilafaz sunnah diwarisi,Termeterai sudah janji bermadah, Majlis pernikahan kini dirai

Sireh bertepuk, pinang menari, dua hati memaut janji,
Salam bersahut kata bersambut, Hasrat terpaut,
Dan dengan izin Illahi, kami mempersilakan Dato’/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik

…………………………………………………………………………………………………
suami/isteri seisi keluarga bagi menyerikan ikatan janji,


Atucara Majlis Perkahwinan (Pihak Perempuan:Wana)
Tarikh: 26 Mei 2013 (Ahad)
Tempat: NO.69, PERUMAHAN JPS, PARIT 7,36300 SUNGAI SUMUN PERAK
Masa: 1100am-400pm (Jamuan makan)
1230pm (Bersanding)


Atucara Majlis Perkahwinan (Pihak Lelaki:Wan@ijam)
Tarikh:2 Jun 2013 (Ahad)
Tempat:NO.50 JALAN PJS 2C/4, TAMAN DATO HARUN 46000 PETALING JAYA SELANGOR
Masa: 900am (Khatam Al-Quran)
1030am-400pm (Jamuan makan)
1230pm (Bersanding)

Semoga dengan kehadiran tuan/puan,cik/encik dapat menyerikan lagi majlis perkahwinan kami........

**kalau nk kad silalah pm alamat ..sedia berkhidmat utk poskan kad :-)
Terima Kasih (^_^)




Ya Allah, sesungguhnya hati kami ini bersatu dengan kasih sayangMu, bertemu di atas ketaatan kepadaMu, bersatu di jalan dakwahMu dan berjanji menegakkan AgamaMu..Maha Suci Engkau, perteguhkanlah tali ikatan antara kami ini, limpahkanlah kasih sayang di dalam hati kami ini. Engkau tunjukkanlah kami jalan hidayahMu, sesungguhnya padaMu kami berserah dan tempat kami memohon pertolongan"
~ Amin Ya Rabbal Alamin ~

Rabu, 19 Jun 2013

Fungsi dan kelebihan Alfalfa Shaklee



Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementeara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi.Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi.
Alfalfa Complex merupakan satu Formulasi Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950s.







1001 Fungsi Alfalfa*:

1. Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia.
2. Melegakan sakit sendi dan belakang.
3. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
4. Memberi sensasi ‘rasa sejuk’
5. Memberi kelegaan semasa haid
6. Merawat arthitis
7. Bagus untuk elergi dan ekzema
8. Merawat athma
9. Mencuci usus bagi membuang toksik
10. mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitan buah pinggang
11. Meneutralkan asid dalam badan
12. Merawat masalah keputihan pada wanita
13. Membesar dan menegangkan payudara
14. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri
15. Memulihkan urat selepas bersalin
16. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
17. Meningkatkan stamina seorang suami
18. Melegakan sembelit
19. Membuang angin dalam badan

Shaklee Alfalfa Complex tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 


Isnin, 17 Jun 2013

Cara Minum ESP Shaklee dengan Betul dan Berkesan

Cara Minum ESP Shaklee dengan Betul dan Berkesan

Khasiat dan Kebaikan ESP 

Apa yang best sangat ESP ni yer. Jom kita tengok antara khasiat dan kebaikan yang membuatkan ramai orang jatuh cinta dengan ESP:)
  • ESP menjadikan kulit wajah cantik dan berseri serta awet muda
  • ESP membantu menghilangkan parut jerawat; parut terjadi akibat kekurangan protein untuk membentuk sel baru yang sihat bagi menggantikan sel mati
  • ESP memberikan tenaga, menjadikan badan sihat, cergas dan kurang letih
  • ESP membantu untuk kuruskan badan, cepat kenyang
  • ESP membantu mempercepatkan penghasilan susu untuk ibu menyusu, sebagai milkbooster
  • ESP membantu perkembangan fetus dan memastikan kesihatan ibu mengandung di tahap optimum
  • ESP menganjalkan dan mengembalikan kecantikan payudara anda
  • dan banyak lagi.....
Satu Canister ESP tahan selama 2 bulan lebih


Antara Resepi ESP yang Boleh Anda Cuba

Salah satu soalan wajib yang customer akan tanya saya bila nak beli 
ESP adalah...
" Macam mana nak makan ESP ni kak? "

Biasanya, saya akan jawab  

" ESP ni dalam bentuk serbuk. Kena bancuh dengan air suam/jus/milo/horlicks/susu untuk minum "

Itu secara ringkasnya la. Secara detailnya, 

1) ESP + Air Suam
This is my FAVOURITE !!
Saya memang jenis yang tak suka minum air manis. Saya suka minum air masak jer. Jadi, tak susah untuk saya telan ni. Saya sukakan keaslian rasa soya tu, SEDAP.

2) ESP + Fresh Milk (Susu kotak atau susu tepung)
3) ESP + Milo
4) ESP + Twister Oren

5) ESP + Fresh Milk + kurma (kurma tu rendamkan dulu dan boleh potong saja kecil2 mahupun blend) 

6) ESP + Ribena  

7) ESP + Nesvita 3 in 1 

8) ESP + Susu Anmum 

9) ESP + campuran buah-buahan dan blend (boleh pilih buah kegemaran anda) 

10) ESP + Horlicks 

11) ESP + Nestle Bliss

12) ESP + Meashake/Performance Drink/Cinch Shake

Cadangan Sukatan dan Waktu Minum ESP

Sukatan : 1 sudu besar ESP + Air Kegemaran Anda (1 atau 2 kali sehari)

Saya sendiri suka minum ESP pada awal-awal pagi sebelum pergi kerja aka sebelum sarapan
Untuk yang ingin kuruskan badan, boleh mengambil ESP di antara waktu makan utama supaya perut rasa kenyang:)

Tips ESP
  • Jangan bancuh dengan air panas, air kafein atau air berkarbonat sebab boleh hapuskan nutrisi
  • Jangan ambil lebih dari 3 sudu sehari kerana ini akan membebankan ginjal
  • Gunakan tumbler atau shaker untuk menggoncang bancuhan ESP untuk lebih mudah larut. Kalau guna sudu sahaja, nanti tak semua yang larut, jadi berketul-ketul
Kini dah tiba tika waktunya untuk anda mencuba ESP !!


Sabtu, 15 Jun 2013

Aku tak suka orang gedik

Aku tak suka orang gedik
Aku tak suka layan orang gedik,jangan la nak tunjuk gedik-gedik depan aku dan jangan marah kalau time kau menggedik tu,aku panggil rumpai laut!!

Gedik tu manja laa!!!
Weii,mana sama gedik dengan manja tu,dua term yang berbeza. sangat berbeza. Manja tu sifat semulajadi,tak dibuat-buat dan memang ada dalam diri masing-masing walau sikit. Gedik tu pulak sifat jadian aka dibuat-buat aka mengada-ngada. You think when you act like menggedik-gedik tu,people will say you're cute?! tahu tak bila buat-buat gedik depan mata ni sungguh annoying laa!! kalau sekadar gedik maian-main tak apa,boleh dianggap gurauan,kalau dah macam rumpai laut tu,dem...naik menyampah!!

Nota hujung kaki :- masih tak sedar ke sikap gedik rumpai laut tu boleh rasa annoying??Hey..wake up laa!!! cuba buka mata,buka otak sikit,pikirkan term manja dengan gedik tu, kalau rasa benda tu sama dan still nak kekalkan juga sikap jadian tu,go on. Makin menyampah laa orang nanti.
*Makin lama makin menimbun,makin lama makin sebu.kalu pun akudiam,tak bermakna aku in dengan orang-orang yang mcm ni .Diam aku diam pendam,
lama-lama pendam akan MELETUP JUGAK KAN??? *Peace!!!!



P/S: Semua manusia tak sempurna dan mempunyai watak yang berbeza, so kita harus menerima keadaan itu dengan hati yang terbuka.


Jumaat, 14 Jun 2013

~♥ Hasil Make Up Masa Aku Dinner 2013 ~♥




Sebelum 

Selepas Part 1
Selepas Part 2

Saya tempah make-up ni dekat Butik Andaman Zyan kalu nak tempah sila lah lihat butir2 di bawah ni ...Tq

Facebook :- http://facebook.com/zyan.sriandaman

Khamis, 13 Jun 2013

~♥ Hasil Make Up Masa Aku Tunang ~♥

Muka Saya Sebelum Make up

Muka saya selepas Make Up

Muka saya selepas Make Up

Ini lah hasil make up masa aku tunang 12.02.2013 hari tu... Aku ambik make up ni kat Butik Iera Chantek.. Kalu nak tempah sila lihat butir2 di bawah..Tq..

MAKEUP BY: Iera Chantek

PHOTO BY: Emosi Wajah Photography



Laman web :- 

Facebook :-
            iwan.harris.3@facebook.com

Rabu, 12 Jun 2013

Sinopsis drama Ruby, Slot Samarinda TV3!

 Ruby mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Syuhara

(lakonan Siti Saleha), seorang anak yatim piatu yang membesar di rumah kebajikan tinggal bersama dua orang kawan baiknya iaitu Anis (Atikah Suhaimi) dan Diana (Shima). Setelah keluar dari rumah anak yatim, mereka bertiga bekerja di sebuah kilang kosmetik, Empayar Ruby. Di situ, Syuhara berkenalan dengan Benjamin (Sharnaaz Ahmad) yang tinggal bersama ayahnya, Dato’ Kamal dan sangat disayangi oleh neneknya, Nek Mariam (Kartina Aziz). Ben juga mempunyai seorang ibu saudara iaitu Datin Afifah (Maria Farida) yang tinggal bersama anaknya, Nadia (Hanez Suraya). Datin Afifah bersama-sama Dato’ Kamal menguruskan Empayar Ruby. Datin Afifah mempunyai hasrat untuk merampas empayar tersebut. Pada masa yang sama, Nadia menyimpan perasaan cinta terhadap Ben tetapi hati Ben hanya untuk Syuhara. Berjayakah Datin Afifah merampas empayar Ruby dan macam mana pulak dengan cinta tiga segi antara Syuhara, Benjamin dan Nadia? 




                                     Drama Band - cerita dia ( ost Ruby )





Selasa, 11 Jun 2013

10 PERKARA YANG SUAMI NAK ISTERI TAHU



1. "Tolong jangan anggap abang tahu apa yang sayang sedang fikirkan,sebab abang memang tak tahu"

2. "Kadang-kadang abang nak sayang yang "mulakan" aksi kita di dalam bilik tidur, selalu abang yang mula dulu!". Ramai suami yang menunggu-nunggu isteri mereka bertindak dulu.


3. "Buatkan suprise untuk abang dengan bersembunyi di belakang pintu bilik dan tariklah abang ke dalam bilik. Abang suka isteri yang nakal"

4. "Abang suka cara abang berpakaian. Jangan cuba tukar imej abang"

5. "Kalau kita berjalan bersama,abang suka sayang kepit tangan abang rapat-rapat"

6."Bila abang kata "sayang pilihlah", bermakna memang sebenar-benarnya abang nak sayang yang pilih.Jangan tanya balik kepada abang "nak yang mana ye?"

7. "kalau nak tidur, abang suka kalau sayang baring dan letakkan kepala sayang atas dada abang sambil tangan pun letak di dada abang"

8. "Kalau sayang nak mintak tolong abang buat kerja, terus je mintak tolong,tak perlu berkias-kias"

9. "Sayang tak perlu tanya abang berkali-kali","abang sayang saya tak?"sebab bila abang dah jawab sayang , memang abang maksudkannya"

10. "Abang tahu abang buat salah,tapi tolonglah jangan membebel tantang kesalahan abang."

Isnin, 10 Jun 2013

Sinopsis novel jodoh atau cinta

 Sinopsis novel jodoh atau cinta


Tengku Iman Umairah gadis yang jarang sekali menggunakan ‘Tengku’ di pangkal namanya berkahwin atas dasar kehendak datuk angkatnya yang juga datuk Aiman Danish suami kontraknya. Berkahwin menjadi tiket kepada Iman untuk menyambung pelajarannya di luar negara. Dibenci oleh ibu bapa mentua dan suaminya sendiri atas alasan perempuan kampung dan tidak berharta. Tetapi kebencian itu mulai surut selepas kematian datuk dan abang iparnya yang terlibat dalam kemalangan yang turut mencederakan Dato’ Arif bapa mentuanya.
Empat tahun hidup seperti gadis bujang tidak sedikit pun membuatkan Iman terfikir akan perpisahan. Walaupun Iman dan Danish lebih banyak membawa diri masing-masing, tetapi jiwa mereka seperti disatukan dari jauh. Rasa rindu,marah,geram,sayang bercampur aduk setiap masa. Apabila Iman disapa mesra lelaki lain,Danish melenting. Iman pula apabila Danish bermesraan dengan Maya,si gedik yang menyesakkan ,dia akan berjauh hati. Masing-masing saling menyintai tetapi ego lebih mengatasi.
Terlalu banyak peristiwa yang membuatkan cinta dalam diam mereka kembali menjadi satu. Dato’ Arif,Datin Hajar, Tengku Farid, Arissa menjadi tulang belakang cinta mereka. Saat cinta bukan milik mereka,jodoh mengikat mereka. Kala hati berirama cinta,jodoh seolah bukan lagi milik mereka. Jodoh atau cinta? Yang mana hak mereka?

Sabtu, 8 Jun 2013

Sinopsis Kisah Cinta


Sinopsis Kisah Cinta


Kisah Cinta mengisahkan tentang cinta yang berputik dari pertemuan yang tidak diingini. Segalanya bermula semasa kemalangan tragis pada malam tahun baru 2013 di mana Zainal dan Zaharah maut selepas kereta mereka dirempuh dari belakang.  
Konflik timbul sewaktu pengurusan tuntutan mayat oleh waris si mati apabila Azalea, anak perempuan Zainal dan Shah, anak lelaki Zaharah melaporkan yang ibu bapa mereka bukan pasangan suami isteri. Malah, Azalea tidak pernah mengenali Zaharah dan Shah tidak pernah mengenali Zainal. Dalam erti kata lain, Shah dan Azalea tidak mengenali satu sama lain.
Setelah selesai segala urusan tuntutan jenazah dan kedua pasangan ini telahpun disemadikan, Azalea dan Shah mula mencari jawapan untuk segala persoalan dan kemusykilan yang timbul daripada kejadian tragis yang menimpa ibu bapa mereka ini. Akhirnya, mereka membenci antara satu sama lain selepas menemui jalan buntu dan mula menuding jari menyalahkan diri masing-masing atas kejadian yang berlaku.
Semasa mengemas barang-barang peninggalan arwah ibunya, Shah terjumpa sebuah kotak yang mengandungi surat-surat lama milik Zainal dan ibunya. Asalnya Shah mahu membuang sahaja surat-surat tersebut tetapi dihalang oleh Azalea. Menurut Azalea, dia juga menjumpai surat-surat antara bapanya dan Zaharah. Azalea ingin tahu kesinambungan surat-surat tersebut. Baginya, ini merupakan peluang keemasan untuk menyelesaikan semua tanda tanya. Shah jelas tidak berminat. Dia takut kebenaran akan melukakan hati semua pihak. 
Setelah dipujuk Azalea, Shah akur untuk setuju. Pasangan ini cuba menyelami kisah sebenar Zainal dan Zaharah berpadukan kronologi cerita yang dapat mereka ungkapkan dari surat-surat tersebut. Mereka mula menjejak kaki ke tempat-tempat yang  tertulis, mencari nama-nama yang disebut, memahami perkara-perkara yang diceritakan. Satu-persatu kisah terungkai. Dalam tidak sedar, Azalea dan Shah mula mencipta kisah mereka sendiri di atas perjalanan ibu bapa mereka.
Walaupun begitu, perjalanan mereka bukanlah semudah itu. Pelbagai halangan yang harus ditempuh. Kekasih Azalea, Huzir kurang senang dengan situasi ini. Marina, ibu Azalea juga tidak suka dengan usaha anak perempuannya. Baginya, Zaharah adalah perempuan simpanan suaminya dan Shah seperti ibunya, bukanlah orang yang baik. Shah pula terpaksa mengorbankan waktu kerja sehingga dibuang kerja. Misi mereka untuk mencari jawapan terpaksa dihentikan. Hidup dan realiti mereka perlu diteruskan.
Kembali ke kehidupan sebenar memberi makna baru pada hubungan Azalea dan Shah.  Mereka mula saling merindui. Apakah pasangan ini cukup tabah untuk melawan situasi dan emosi? Sementara itu, satu kronologi kisah cinta ibu bapa mereka terungkai di mana ada kebarangkalian bahawa mereka adalah adik beradik. Adakah ini kenyataan yang harus mereka terima? Atau masih ada lagi jawapan yang tertinggal? 





Jumaat, 7 Jun 2013

Lagu tema Teduhan Kasih (Drama Akasia TV3)




Lirik lagu Hanya Aku - Hyper Act



Bersama janji kau sentuh rasa percaya... 
Hangat dinginmu mengundang rindu.. kecewa... 
Hanya aku... 
Dihuni sepi rasa kasihmu...
Hanya ku yg mencari... 
Rembulan masih ada... 
Mungkin seketika... 
Walau ku bahagia... 
mengejar bayanganmu... 
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu.... 
Hanya aku... 
Apakah mungkin berulang janji setia... 
Apa kan kekal ataupun menyambut duka... 
Dan dirimu di janji Sang Sempurna... 
Dan kecewa kini dipulih rasa kasihmu....
Dingin rasa kasihmu... 
Bagai bintang bersemi... 
Rindu janji bicara... 
kekal selamanya... 
Walau sekadar mimpi... 
tak pernah ku peduli... 
Selamanya kan ku pasti merindui dirimu.. 
Hanya aku...