Kadang-kadang
kita keliru, mana hari dan waktu yang dibenarkan untuk berpuasa, dan
bila pula hari dan waktu yang tidak dibenarkan puasa. Maka di bawah
ini ada sedikit huraian mengenai puasa yang dilarang berdasarkan
dalil-dalil yang sahih dan hujah-hujah daripada ulamak
as-Salafusssoleh, ia diambil daripada kitab-kitab ulamak yang
muktabar.
Oleh
itu, antara puasa yang ditegah oleh syariat adalah seperti berikut:-
1.
Dua hari raya iaitu hari raya Aidilfitri dan hari raya Aidiladhha
(raya korban)
Ijmak
para sarjana fikah ke atas pengharaman berpuasa pada dua hari raya
ini. Ia diharamkan pada semua jenis bentuk puasa iaitu sama ada puasa
nazar, atau puasa kafarah, atau puasa sunat, atau selain daripadanya.
(lihat: Syarah Muslim Imam Nawawi 3/207, al-Mughni 4/424, dan juga
Fathul Bari 4/281)
Hadis
daripada Ibnu Azhar mengatakan: “Aku telah menyaksikan hari raya
bersama Umar bin al-Khattab, maka Umar berkata, dua hari yang
dilarang oleh Nabi saw untuk berpuasa.” (Riwayat Bukhari 1990 dan
Muslim 1137)
Daripada
Said al-khudri radiallahu anhu bahawa nabi saw telah melarang umat
Islam daripada puasa pada dua hari iaitu hari raya Aidilfitri dan
Aidiladhha. (Riwayat Bukhari 1991 dan Muslim 1137)
2.
Puasa pada hari-hari tasyriq (iaitu tiga hari selepas hari raya
Aidiladhha)
Tidak
harus berpuasa pada hari-hari itu mengikut pandangan mejoriti ahli
sarjana, ini sabit daripada hadis nabi saw iaitu daripada Nubaisyah
al-Hazli radiallahu anhu: “hari-hari tasyriq adalah hari makan dan
minum (dilarang berpuasa).” (Riwayat Muslim 1141)
Daripada
Abi Murroh: “Dia dengan Abdullah bin Amru ke tempat bapanya iaitu
Amru bin al-‘as, maka Amru mendekati mereka untuk mengajak makan,
maka salah seorang daripadanya berkata, ‘sesungguhnya aku
berpuasa’, lantas Amru menjawab ‘makanlah, kerana hari ini
(hari-hari tasyriq) Nabi saw menyuruh kita untuk berbuka, dan
melarang kita daripada berpuasa.” (Riwayat Bukhari 1997-1998)
3.
Puasa sunat sehari sahaja pada hari Jumaat
Hari
Jumaat adalah hari raya mingguan bagi kaum Muslimin, maka syarak
menegah orang Muslim daripada menunaikan puasa sunat pada hari
Jumaat, sekiranya ingin juga berpuasa pada hari Jumaat tetapi mesti
dengan syarat iaitu tidak boleh berpuasa pada hari Jumaat sahaja
melainkan jika dia berpuasa pada hari sebelumnya atau sehari
selepasnya. Ini selari dengan hadis Nabi saw yang bermaksud: “Jangan
kamu puasa pada hari Jumaat melainkan jika kamu berpuasa sehari pada
hari sebelumnya atau selepasnya.” (Riwayat Bukhari 1985, Muslim
1144)
Daripada
Juwairiyah binti al-Haris radiallahu anha: “Sesungguhnya Nabi saw
hendak menyetubuhinya pada hari Jumaat, dan aku (Juwairiyah)
puasa, maka nabi saw bertanya: ‘adakah kamu puasa pada hari
semalam’, Juwairiyah menjawab: tidak, maka nabi saw bertanya lagi:
‘adakah kamu hendak puasa pada esok hari?, Juwairiah menjawab:
tidak, maka nabi saw bersabda lagi dengan suruhan: Berbukalah.”
(Riwayat Bukhari 1984, Muslim 1143)
4.
Puasa pada hari syak (ragu-ragu)
Tidak
boleh mengawalkan puasa Ramadhan sehari awal atau dua hari kerana
niat untuk berjaga-jaga, tetapi sekiranya jika kebiasaannya dia
berpuasa sunat pada hari Isnin dan Khamis atau puasa selang sehari
sepanjang tahun, maka tidak lah menjadi masalah padanya. Jika perkara
itu bukanlah kebiasaan baginya, maka haram baginya untuk berpuasa
lebih awal daripada puasa Ramadhan. Ini bertepatan dengan hadis Nabi
saw yang menyebut: “Janganlah kamu mengawalkan puasa ramadhan
dengan puasa sehari atau dua hari sebelumnya, melainkan jika dia
memang melazimi puasa-puasa sunat (Isnin dan Khamis atau puasa selang
sehari), maka dia boleh berpuasa pada hari tersebut.” (Riwayat
Bukhari 1914, Muslim 1082)
Tegahan
ini juga sabit daripada hadis Nabi saw yang diriwayatkan oleh Ammar
bin Yasir radiallahu anhu: “Sesiapa yang berpuasa pada hari syak
(ragu-ragu dengan hari Ramadhan) maka dia telah melakukan maksiat
pada Abu al-Qasim yakni (Nabi saw).” (Riwayat Abu Daud 2334,
Tirmizi 681, an-Nasai 4/153, Ibnu Majah 1645)
Puasa
pada hari syak ini jarang berlaku pada zaman moden ini, ini kerana
banyak bahan-bahan yang boleh dijadikan pengukur untuk menentukan
hari awal bulan Ramadhan, seperti di kalender, hebahan radio, TV dan
sebagainya.
5.
Puasa pada setiap hari sepanjang tahun
Puasa
jenis ini adalah dilarang di dalam syariat agama Islam yang suci ini.
Daripada Abdullah bin Amru radiallahu anhu menyebut: “Bahawasanya
Nabi saw ketika mana sampai padanya kisah mengenai puasa, maka
baginda akan bersabda: Jangan berpuasa pada puasa yang kekal
(selama-lamanya) sehingga tiga kali baginda mengulangi lafaz yang
sama.” (Riwayat Bukhari 1977, Muslim 1159)
Di
dalam hadis Abi Qatadah, Umar telah berkata: “Wahai Rasulullah,
bagaimana dengan orang yang melakukan puasa ad-dahru keseluruhannya,
nabi saw menjawab: tiada puasa dan tiada berbuka padanya.” (Riwayat
Muslim 1162)
6.
Perempuan dilarang berpuasa sunat kecuali jika diizinkan oleh suami
Perempuan
yang sudah berkahwin, jika dia hendak menunaikan puasa sunat,
sedangkan suaminya ada di sisinya, maka dia wajib meminta izin kepada
suaminya terlebih dahulu. Ini dikecualikan daripada puasa yang wajib
iaitu Ramadhan, jangan taat jika suami suruh berbuka pada puasa di
bulan Ramadhan.
Ini
selari dengan hadis nabi saw yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah
iaitu: “Janganlah kamu yakni perempuan berpuasa sunat walaupun satu
hari, sedangkan suaminya menyaksikannya (di sisinya) kecuali jika dia
meminta izin pada suaminya terlebih dahulu dan bukan di dalam bulan
Ramadhan.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Adakah
disyariatkan puasa Rejab?
Tidak
ada hadis yang sahih mengenai kelebihan Rejab daripada Nabi saw dan
tidak ada juga bukti daripada sahabat-sahabatnya, hadis-hadis yang
tersebar semuanya daif bahkan hadis-hadis itu adalah palsu dan dusta
belaka. (lihat: Majmuk al-Fatawa 25/290, Latoef al-ma’arif hlm.
228, dan as-sailu al-jaror 2/143)
Maka
tidak dibenarkan untuk berpuasa khusus pada bulan Rejab atau puasa
pada awalnya. Daripada Khorsyah bin al-Harr mengatakan: “Beliau
telah melihat Umar menghalang orang berpuasa pada bulan Rejab, kata
Umar: Makanlah kamu, kerana sesungguhnya bulan ini adalah bulan
kebesaran ahli Jahiliyah.” (Lihat: Dikeluarkan oleh Ibnu Abi
Syaibah 3/102, Ibnu Kasir dalam Musnad al-Faruq 1/285)
Juga
daripada Muhammad bin Zaid, beliau mengatakan bahawa Ibnu Umar
apabila melihat orang membesarkan/menghitung bulan Rejab, maka dia
akan menegahnya. (Dikeluarkan oleh Ibnu Abi Syaibah 3/102)
Begitu
juga daripada A’to’ mengatakan: “Ibnu Umar melarang daripada
berpuasa pada bulan Rejab keseluruhannya, kerana ia bukan kebesaran.”
(Dikeluarkan oleh Abdul Razak 7854)
Berpuasa
pada bulan Rejab samalah pada bulan-bulan yang lain, tiada apa-apa
keistimewaan. Tiada juga di dalam sunah yang sahih mengatakan
mengenai kelebihannya dan fadhilat yang khusus, kata Ibnu Hajar:
“Tiada sabit dalam hadis kelebihannya, tiada juga pada puasanya,
tiada juga puasa yang tertentu padanya, tiada malam-malam qiamullail
yang khusus padanya, maka hadis yang sahih adalah menguatkan hujah
semua ini.” (Fiqh Sunah Oleh Said Sabiq 1/270)
Tetapi
bagi mereka yang berpuasa sunat pada Isnin dan Khamis pada setiap
minggu atau puasa selang sehari sepanjang tahun, tidaklah menjadi
masalah padanya untuk menunaikan puasa tersebut pada mana-mana bulan
kecuali bulan Ramadhan.
Dilarang
menyambung puasa tanpa berbuka
Sunnah
melarang kita daripada menyambung puasa sehingga dua hari atau lebih
tanpa berbuka dan bersahur. Kita hanya boleh menyambung puasa tanpa
berbuka sehingga ke waktu sahur keesokan harinya, lebih daripada itu
adalah dilarang daripada nabi saw dengan sabdanya: “Jangan kamu
menyambung (puasa), jika kamu ingin menyambung juga puasa maka
sambunglah hingga ke waktu sahur sahaja.” (Riwayat Bukhari 1967,
Abu Daud 2344)
Semoga
dengan penyampaian semi ilmiyah ini dapat membantu kita semua dalam
melaksanakan ibadah berdasarkan konsepnya yang betul serta mudah
dalam pelaksanaannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan